Tuesday, September 1, 2009

MELANCONG KE PULAU PINANG, KEDAH & PERAK

Jika anda ada masa kelapangan sila melancong ke Pulau Pinang, Negeri Kedah dan Negeri Perak. Apa ada yang tersangat menyeronokan. ?

Di Pulau Pinang anda boleh menaiki kapal Fery untuk menyeberangi dari tanah besar ke Pulau itu. Sunugguh mengasyikkan apabila anda menyeberangi selat ke Pulau itu selama 40 minit. Anda boleh meihat kapal-kapal besar berlabuh, yang memunggahkan barang-barang, boleh melihat Tanah Malaysia dari laut, sungguh seronok sekali.

Di Pulau Pinang anda boleh melawat berbagai-bagai tempat yang amat menarik, yang tidak ada di tempat-tempat yang lain. Seperti menaiki kereta api naik ke bukit yang tinggi. Melalui Jambatan yang terpanjang di Asia ini, Mandi di Pantai yang amat cantik dan selesa sekali, yang ribuan pelancong ke pantai itu setiap hari. Melihat Tok Kong (rumah berhala) Cina yang memelihara berbagai ular yang boleh di pegang atau bermain-main.

Menjamu makanan Melayu, Cina, India dan Eropah yag amat murah dan dan yang amat lazat mengikut selera anda. Membeli belah barangan yang murah di Bandar Georgetown, Ibu Negari Pulau Pinang, menaiki "beca" untuk melihat keendahan tempat-tempat yang bersejarah dan menarik dengan selesa.

Selepas itu anda boleh melawat Negeri Perak yang berdekatan dengan Pulau itu, seperti Parit Buntar, Night Safari Di Zoo Taiping, Lake Town di Bukit Merah, dan Ipoh dengan terkenal buah limau balinya. Menaiki bot belayar di Sungai Kerian yang boleh memancing udang-udang galah yang besar-besar , sebesar 5 ekor satu kilo, sungguh lazat menjamu selera.

Selepas berada di Negeri Prerak, kita melawat Negeri Kedah di mana boleh menjamu dengan buah-buahan seperti buah durian, mempelam manis, dan banyak lagi. Kita boleh main golf di Sungai Petani Golf Kelab
dengan mendapat layanan yang baik sekali. Banyak tempat-tempat serjarah yang kita bolel lawati.

Untuk penginapan pelancong boleh menginap di hotel 4 bintang, atau Rumah Rehat Kerajaan di Parit Buntar, atau pun boleh menginap di Desa-Desa dengan selesa yang mempunyai fasiliti yang baik dan dengan bayaran yang murah.

Untuk perjalanan ke sana-sini, tidak payah menyewa Teksi, nanti bayarannya mahal. Boleh pakai kenderaan memandu sendiri, dari Syarikat Kereta Terpakai, atau Bas Express yang ada berulang alik dari Ipoh ke Parit Buntar, ke Pulau Pinang ,ke Sungai Petani dan ke Alor Star.

Untuk anda datang dengan kapal terbangm MAS atau Air Asia anda boleh turun di Bayan Lepas Intenatinal Airport dan ada kenderaan menjemput anda, sekiranga dibuat janji terlebih awal.

Untuk lawatan melancung boleh anda menghubungi Web ini, dapat kami menolongnya. Kami bukan berniaga tetapi secara "persehatan" secara saudara mara, adik beradik demi untuk kebaikan bersama.

Untuk kesenagan kita juga, anda jadilah "Folowerr" kepada Blogger ini nanti kami akan berikan detail yang selanjutnya.

Sekin dahulu, jumpa lagi di Web ini.

Dari Mohd Saleh. Wasal mu alai kum......

No comments:

Post a Comment